apaan


Minggu, 22 Juli 2012

" Allah Tahu yang Terbaik "

Cinta yang hadir kedalam hati kita, bukanlah tanda yang pasti akan memilikinya.
 Kerana cinta itu hanya satu perasaan sanubari manusia,
 namun ianya wujud bukan semestinya yang dicintai adalah pasangan kita..

Kekadang perasaan itu lahir tatkala harapan mula terjalin didalam jiwa,
mengharapkan pasangan hidup di dunia,
 untuk membina mahligai keredhaan Allah Ta'ala.
 Namun adakalanya ia muncul sekadar ujian buat diri kita,
sejauh manakah kita bergantung harap kepadaNya,
dan menjaga hukum hakam dan hak-hakNya..

Sememangnya kita ikhlas kerana Allah Ta'ala dalam menyemai cinta,
 mengharapkan terbina sebuah keluarga sakinah dan bahagia,
 demi menggapai keredhaanNya,


 namun ingatlah bahawa keikhlasan itu takkan mampu menggugat ketentuan Yang Maha Esa..
 Kerana itulah terimalah dengan hati yang terbuka,
dan juga jiwa yang berlapang dada,
dengan apa yang ditakdirkan kepada kita.
 Sesungguhnya kita hanya merancang dan menyimpan harapan,
 namun Dia yang berkuasa menentukan..

Seandainya harapan cinta itu tidak dikecapi,
redhakanlah dia pergi,
 dan dekatkanlah jiwa kepada Ilahi,
 untuk mendamaikan kembali hati..
 Cukuplah mendoakannya agar dia bahagia,
 dengan insan yang dia harapkan untuk bersama.


Mungkin bukan mudah memujuk hati untuk hidup dlm kerelaan,
 namun kita tetap perlu menerimanya sebagai kenyataan,
 kerana itulah ketentuan dan takdir Tuhan..

Sesusah manapun kita merasainya,
 latihkanlah jiwa untuk redha,
insyaAllah akan ada saat dirimu gembira bila melihat dirinya menemui kebahagiaan..

InsyaAllah...~

Mungkin perpisahan itu akan selama-lamanya,
 mungkin juga perpisahan itu hanya sementara.
Kerana hakikat diri kita terlalu lemah untuk meneka ,
dan tidak mampu mentafsir perancangan Allah Ta'ala...

Maka alirkanlah diri kita pada arus yang Allah telah tetapkan untuk kita,
 jangan cuba menongkah dan bertentangan darinya,
 kelak kita akan karam didalamnya.....

".......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah ayat 216]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar